Thursday, November 19, 2015

Little Auni 1Y4M

Assalamualaikum

dà jiā hǎo ma?
大家好吗?
Semua sihat kah?

Hehehe..

Alhamdulillah, semoga sihat-sihat semuanya.
Saya tak berapa nak sihat lately ni. Tapi bila tengok keletah Little Auni daripada

 muka kelat boleh bertukar manis. Gitew!

Auni dah pun genap 1 tahun 4 bulan. Alhamdulillah membesar dengan sihat dan kuat. Dah mula nak makan sendiri, boleh bergaduh ngan mami kalau offer suap.


Gambar Maghrib tadi, Auni makan Nasi Goreng Jagung Bilis. Saya noticed Auni suka makan sayur, hopefully sampai ke besar pun suka sayur & buah-buahan.

Selasa lepas masak Sayur Bendi Goreng.  Auni nampak mami ceduk ke pinggan daddy terus "Nakkk" Risau Auni tak makan, mami bagi sikit. Tak sampai 15 saat Auni masuk dapur semula "Nakkk"

Mami letak dalam pinggan Auni 3 ketul Bendi, habis minta lagi. Mami topup. Lastly daddy korbankan Bendi dalam pinggan dia dan bagi kat Auni. Mami teruja! Mami dah start kerja baru makan Bendi. Hehe..


Last weekend Auni balik kampung, rumah Tok Auni serupa zoo. Haha..She enjoyed surrounded by animals. Tak kisah la kucing, lembu, angsa! Mami nampak Ayam Belanda nyorok belakang Auni. Auni siap boleh sembang ngan diorang. Huu..

Alhamdulillah, she started talking a little bit and understand some simple instructions. Mami nak list kan untuk tengok development Auni.

Cakap :
Mak
Nak
Nanak - Taknak
Wang - Buang
Mamamam - Makan
Cat - Kucing
Dah - Sudah
Tek - Susu cap gantung ;p

Arahan :
Jom jalan/tidur/mandi/balik
Tukar pampers
Buang sampah
Kemas toys
Cuci tangan
Nak susu?
Nak makan?
Hidung
Mata
Kaki
Tangan
Buku/books
Bola
Ambil kasut
Buka kasut
Salam tangan
Solat
Doa
Tidur buai nak?
Mana?
Tak ada
Ambil kerusi
Duduk
Up
Mami/Daddy nak
Cat

Tapi Auni masih tak faham kalau kami cakap "Taknak/ No/ bùyao" Kene cakap "Nanak" baru digest!huu..

Mami nak cuba keep track Auni's development. 

Yang mami dan daddy takut ialah Auni dah kenal kedai mainan & taman permainan. Kuat jer dia cakap "Nakkkk" Bukan takut apa, Auni bayi lagi bila kami tak berhenti kereta/tak layan dia terus mogok!Nanges,sentap.

Setakat ni cara yang mujarab adalah tunjuk something up in the sky atau alih perhatian kepada arah/benda lain. Fuhhh..

Kadang-kadang masih tak percaya dah jadi mak. Mami love u Auni.

Ok dah penat.

Jumpa lagi!
Zài jiàn 再见!








2 comments: