Showing posts with label ibubapa. Show all posts
Showing posts with label ibubapa. Show all posts

Thursday, November 19, 2015

Little Auni 1Y4M

Assalamualaikum

dà jiā hǎo ma?
大家好吗?
Semua sihat kah?

Hehehe..

Alhamdulillah, semoga sihat-sihat semuanya.
Saya tak berapa nak sihat lately ni. Tapi bila tengok keletah Little Auni daripada

 muka kelat boleh bertukar manis. Gitew!

Auni dah pun genap 1 tahun 4 bulan. Alhamdulillah membesar dengan sihat dan kuat. Dah mula nak makan sendiri, boleh bergaduh ngan mami kalau offer suap.


Gambar Maghrib tadi, Auni makan Nasi Goreng Jagung Bilis. Saya noticed Auni suka makan sayur, hopefully sampai ke besar pun suka sayur & buah-buahan.

Selasa lepas masak Sayur Bendi Goreng.  Auni nampak mami ceduk ke pinggan daddy terus "Nakkk" Risau Auni tak makan, mami bagi sikit. Tak sampai 15 saat Auni masuk dapur semula "Nakkk"

Mami letak dalam pinggan Auni 3 ketul Bendi, habis minta lagi. Mami topup. Lastly daddy korbankan Bendi dalam pinggan dia dan bagi kat Auni. Mami teruja! Mami dah start kerja baru makan Bendi. Hehe..


Last weekend Auni balik kampung, rumah Tok Auni serupa zoo. Haha..She enjoyed surrounded by animals. Tak kisah la kucing, lembu, angsa! Mami nampak Ayam Belanda nyorok belakang Auni. Auni siap boleh sembang ngan diorang. Huu..

Alhamdulillah, she started talking a little bit and understand some simple instructions. Mami nak list kan untuk tengok development Auni.

Cakap :
Mak
Nak
Nanak - Taknak
Wang - Buang
Mamamam - Makan
Cat - Kucing
Dah - Sudah
Tek - Susu cap gantung ;p

Arahan :
Jom jalan/tidur/mandi/balik
Tukar pampers
Buang sampah
Kemas toys
Cuci tangan
Nak susu?
Nak makan?
Hidung
Mata
Kaki
Tangan
Buku/books
Bola
Ambil kasut
Buka kasut
Salam tangan
Solat
Doa
Tidur buai nak?
Mana?
Tak ada
Ambil kerusi
Duduk
Up
Mami/Daddy nak
Cat

Tapi Auni masih tak faham kalau kami cakap "Taknak/ No/ bùyao" Kene cakap "Nanak" baru digest!huu..

Mami nak cuba keep track Auni's development. 

Yang mami dan daddy takut ialah Auni dah kenal kedai mainan & taman permainan. Kuat jer dia cakap "Nakkkk" Bukan takut apa, Auni bayi lagi bila kami tak berhenti kereta/tak layan dia terus mogok!Nanges,sentap.

Setakat ni cara yang mujarab adalah tunjuk something up in the sky atau alih perhatian kepada arah/benda lain. Fuhhh..

Kadang-kadang masih tak percaya dah jadi mak. Mami love u Auni.

Ok dah penat.

Jumpa lagi!
Zài jiàn 再见!








Thursday, September 3, 2015

Cabaran Ibu Bapa Pada Zaman Teknologi

Assalamualaikum

Dulu lain, sekarang dah lain
Dulu bujang, sekarang dah kahwin

Menyanyi la pulak, dulu kecik-kecik selalu dan suka dengar lagu ni.
Ayah ada kaset Dato SM Salim, so memang selalu dengar.

Alhamdulillah, dulu bujang sekarang dah kahwin.
Alhamudlillah, Allah beri rezeki anak sebagai hadiah anniversary pertama kami.
So sekarang dah jadi mak atau saya gelarkan diri saya Mommy Monsterrr!

Bila dah jadi mommy pada zaman teknologi di hujung jari, gadget yang serba canggih.
Saya selalu berfikir mampu ke diri ini mendidik amanah Allah menjadi anak yang soleh dan solehah?

Pilih nak yang mana satu!Grr..

Kadang-kadang tanya husband :
"Awak ingat tak cara ayah & ibu didik awak?"
Sambil geleng kepala husband jawab "Garang oi"

"Awak rasa kita boleh buat macam ayah & ibu kita?"
Sambil geleng kepala lagi dan jawab "Tak pasti mami, zaman dah berubah"

Yupp zaman dah berubah, memang kene rajin buat Parenting R&D supaya ada ilmu dan dapat menjalankan amanah dengan baik. Rasanya semua orang nak yang terbaik untuk zuriat masing-masing.

Dulu balik sekolah siap isi perut terus buat kerja sekolah yang bertimbun. Chinese School punya homework tak terkata. Lepas siap boleh lah main kejar-kejar ke pondok-pondok atau kahwin-kahwin dengan anak jiran. 530pm wajib masuk rumah mandi. Atau mungkin lebih awal sebab nak tengok Power Rangers.

Malam main congkak dengan ayah sambil tengok berita TV1. Tak pun main Batu Seremban dengan arwah mama. Duduk kampung, siaran yang ada hanya la TV1 & TV2. Cerita yang paling best masa tu cerita P.Ramlee rasanya.. Pukul 10 dah wajib tidur, kalau jeling TV sikit pon dah kene tengking. Rasanya masa yang spend depan TV tak lebih 3 jam sehari kalau on weekdays. Weekend baru dapat tengok cartoon lama-lama, dengan syarat homework dah siap.

Itu dulu, sekarang bukan 1,2 je channel,sangat banyak pilihan. Siap parents pula kene berebut dengan anak-anak nak tengok channel mana. Itu belum termasuk hiburan di smartphone, tab, PlayStation, social media and the list go on. Tak mampu nak list kan satu-satu. Banyak betul screen yang boleh dihadap! TV dah macam babysitter.

Teringat pulak dulu masa kat U, ada seorang kawan saya both of her parents are docs. Rumah mereka tiada TV. What parents kau kaya tapi rumah tak ada TV?hahaha...ajak tengok wayang pun dia tak layan. Adik beradik semua bijak pandai. Macam mana parents dia boleh buat gitu?

Nanti kalau anak tanya "Mami kenapa tak boleh tengok TV?"
Nak jawab lagu mana? Boleh ke nak sekat? Diktator pula nanti..
Kang takut pergi tumpang rumah jiran pula nak tengok Power Puff Girls.
As parents, kene belajar kawal anak dari leka dengan segala gadget. Cakap senang!


Current reading Ebook : Parenting for the Digital Age
Actually, parent di negara barat pun go through perkara yang sama. Anak-anak yang leka dengan gadget, Tv and etc. Rasanya semua parents tak kisah la di pelusuk mana, mesti risaukan kalau anak asyik dengan gadget & TV.

Hari ni pun banyak spend time selongkar ilmu kat blog Adlil Rajiah , adore adik Haikal and his mum, Jijie. 

Adakah anda fikir apa yang saya fikir?

Ada tips parenting yang boleh kita share?Jom share =)