Tuesday, January 5, 2016

Review Plu Oriental Jin Scrub

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru 2016!

Siapa dekat sini ada menonton GoShop?
Tak tahu GoShop tu nate ape? Ianya sejenis online shopping show, jadi mudah la nak perhabis duit. Buka TV, tengok berkenan boleh terus pergi website. For 1st time buyer kene sign in dulu pastu baru boleh purchase. Tak pun call hotline. I'm more prefer for purchase from website.

Mostly barang-barang di GoShop memang boleh mengugat iman POKET yang sangat nipis. TIPS! Sebelum purchase study dulu la yer product. Bagusnya kalau pergi dekat website GoShop kita boleh baca review dari pelanggan dan juga soalan lazim berkenaan sesuatu produk tersebut. Bagus ke Idok barang tu.

Cubaan pertama saya adalah membeli Plu Oriental Jin Scrub & Dr Dental Care Liquid.

Selepas dok baca review dan compare harga dari seller yang ada, saya rasa yakin kedua produk ini berbaloi untuk saya meleburkan duit!hehehehe..

Service penghantaran tiptop. Packaging pun bagus.


Ini Scrub nya ya ibuk-ibuk. Sesuai untuk kulit badan sahaja, tidak sesuai untuk muka. 

Rm149 untuk 6pcs(200g)+2pcs(50g). Then dapat pula free Plu Scrub untuk muka. Bagi saya berbaloi la dengan harga yang GoShop tawarkan (^O^) Sebab ada seller yang jual seketol tapi harganya Rm40/pcs. Do ur math OK!

Kalau kita tengok kat GoShop jangan terpedaya ler dengan kesan kilauan dekat kaki model yang sedia gebus plus effect lighting. Hehehe..

Overall scrub ni memang best! Ho liao!!! Senang nak apply, wangi, butiran dia halus dan sangat cepat process men'scrub'. Kulit dekat buku lali saya sebelum ni tone dah lebih kurang macam air kopi dah, serious HITAM & kering! Sebab pemalas nak pakai lotion/minyak gitu le jadinya. Malu tau bila dok bersila atau pakai sandal pi jalan-jalan. Alhamdulillah sekarang dah CLEAR! Lagi kesan positif yang saya suka TUMIT dah tak kasar macam kertas pasirrr dan siku tak kering. Tak perlu leceh-leceh nak sental daki dah. Saya guna 2 hari sekali, satu tube boleh tahan 2 bulan penggunaan. Tapi still kene apply lotion untuk maintain kulit yang lembab dan berseri-seri. 


Ini pula Dr Dental Care Liquid. Rm99 untuk 6(250ml)+3(80ml). Taukan ini apa?
Adik beradik kepada Listerine. Penting untuk penjagaan gigi. 

Ini pun Ho Liao! 1st time guna ada terkejut sikit, sebab macam kumur air herba. Kalau lepas makan malas nak gosok gigi kumur je la, segala macam mak nenek celah-celah gigi boleh keluar lepas kumur. Siap hadiahkan dekat my bestmate sebab dia seorang trainer, asyik  bercakap depan orang. Kene lah jaga kebersihan mulut. Reaction dia "Mulut i busuk ke babe??" Huuu..

Untuk both products saya bagi 4 bintang!
Berbaloi spend sebab harga dan kualiti. Plus both of the products memang penting untuk kebersihan harian.

Kalau ada yang dok tengok GoShop dan berkenan dengan produk-produk ini, no worry both product memang berbaloi-baloi.

Happy shopping!

Bye.


No comments:

Post a Comment