Tuesday, November 3, 2015

Bertukar ke Cloth Diapers

Assalamualaikum

Apa khabar semua?
Harapannya baik-baik belaka.Amin.

Ada tak yang pernah guna Cloth Diaper?
Cloth Diaper tu apa?hehe..Cloth Diaper tu lampin kain moden. Sangat cute bila baby pakai dan yang penting menjimatkan serta mesra alam, go green!


Tahun lepas masa pergi baby fair yang kebetulan baru habis pantang, ada usha Cloth Diaper. Promoter advice kalau nak guna cloth diaper tunggu baby 6 bulan ke atas. Sebabnya baby 6 bulan ke bawah kerap poo poo! Tapi kalau rajin boleh aja. Kenangkan yang kami berkerja dan Auni dijaga pengasuh so taknak la lecehkan pengasuh Auni. Terbantut lah hajat nak beli masa tu. 


Taraaa. Jumaat lepas kami singgah Baby Fair di Danga City Mall lepas balik dari Legoland Water Themepark. Cloth Diaper  salah satu barang dalam List to Buy. Mami Hanim just beli satu set untuk permulaan, cost me Rm60. 1 set cloth diaper (FOC 1pc insert), 1 set insert(2pc) dan diaper liner 100 pcs.

Beli Brand China, 1 set Rm15.

Balik dari babyfair terus study balik pasal CD. Kene pre-wash dulu sekurang-kurangnya 3x sebelum guna. Excited dah nak guna malam tu, kene pre-wash pulak. Hari ini dah siap cuci 3 kali. Malam nanti boleh pakai kan Auni.

Insya Allah nanti akan share experience guna CD. Kalau ada mami-mami yang berpengalaman dengan CD boleh lah bagi tips pada newbie like me.

Ms Rebecca and Little Auni

Setiap kali kami pergi baby fair memnag tak tinggal beli baju di Booth Isoho365. Baju-baju baby kat sini memang cantik-cantik dan mami paling suka designnya. Baju yang Auni tengah pakai tu pun beli kat Isoho365. Rebecca siap tolong jagakan Auni while Mami shopping. Dah banyak kali Rebecca request nak jumpa Auni, ini 1st time siap jaga dan ajak bergambar. 1st time sebenarnya kami bawa Auni ke babyfair. Hehehe..kalau ada pergi babyfair singgah la Isoho365, mesti jatuh hati.

Tak sabar nak pakaikan Auni CD.

Bye!

1 comment: