Sunday, November 1, 2015

Revert Cafe, Pasir Gudang

Assalamualaikum

Agak lama tidak bersiaran.Hehe..agak sibuk dengan last kelas di Melaka. Pejam celik pejam celik dah abes Kelas Komunikasi Mandarin selama 3 bulan di Melaka. Alhamdulillah.

Pejam celik juga dah meningkat usia, Alhamdulillah genap 18 tahun arini. Ehh...! 

As birthday girl, mami pilih Revert Cafe untuk menjamu tekak. Cafe ini terletak di Air Biru. Kunjungan pertama ke sini dan terus jatuh cinta pada pandangan pertama.

Serba sedikit berkenaan Revert Cafe. 
Cafe ini merupakan adik beradik kepada Dessert Queen. Ala2 macam Lavender Cafe tapi ini produk 100% Muslim. Ada kek, western food dan roti. Harga so far so good laa. 

Kami sampai lebih kurang jam 12pm. Roti-roti baru keluar oven. Kalau nak roti panas boleh lah datang awal-awal.

My small family. Mr Hakim, Mrs Hanim & Little Auni 😍 Saya ada satu habit, kalau duduk kat mana-mana pun mesti bukak kasut. Pastu dok bersila atau terjuntai satu kaki.


Sebab birthday kene lah ada cake. Mami pilih Nutella Choc Layer Cake, RM9 atau RM9.90 ekk. Sedap sangat! Menariknya kek ni ada layer layer dan rasa tak manis sangat. Takde la muak bila makan. Thumbs up!

Untuk beverage, mami pilih Root Bear with Floats while daddy pulak Old Style Creamy Soda. Air yang daddy pilih Sedap!


Untuk makanan pulak, mami lupa nama makanan yang mami pilih sebab agak panjang. Alasan di situ. Daddy's Auni pilih Tom Yam Spaghetti. Masing-masing makan dalam keadaan speechless. Sebab memang sedap. Sampai Auni stress tak ada orang layan.

Habis semua tisu dan straw dia baling ke lantai sebab bosan main sorang-sorang.Sorry Auni, kami kebuluq dan both pilih menu yang spicy!Auni tak leh join sekali. Terus mami pergi amik Sausage Bun yang memang fresh dari oven untuk Auni. Auni pun senyap makan sorang-sorang.

Detail gambar cake, jelaskan layer-layer nya. Tak tipu memang sedap.

Ok total bill was Rm50.80. Bagi Mami Anem harga, kualiti dan kuantiti adalah berbaloi. Plus makan kat kedai 100% Muslim. Sangat tak rugi untuk simple celebration di Revert Cafe.

Sure will come again.

Bye bloggers.

No comments:

Post a Comment