Friday, September 27, 2013

Salam Hari Jumaat!


Assalamualaikum w.b.t

Selamat hari Jumaat utk semua blogger.
Jumaat penghulu segala hari di mana segala amalan yang kita buat berlipat ganda ganjarannya.

Tweet saya buka Ustazah.
Tapi nak share apa yang saya baca dan saya rasa ia sangat baik untuk dikongsi.

Salah satu hadiah kahwin yang saya terima semasa majlis sebulan yang lepas ialah buku hasil Ustaz Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid.
Tajuk " Indahnya Hidup Bersyariat" terbitan Telaga Biru. 


Pengantin perempuan pula memang suka membaca jadi memang tak lekang buku ini dari tangan. Buku ini sangat best sebab ianya sebuah buku Fardhu Ain & Fardhu Kifayah yang sangat sesuai untuk setiap lapisan. Pendekatan yang berbentuk "mesra untuk beramal" dan memang berbaloi untuk kegunaan di rumah atau dijadikan hadiah.

Saya kongsi sikit apa yang terdapat dalam buku ini. 

Surah yang digalakkan dibaca pada malam & hari Jumaat.
    (Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat)

Mungkin ada yang dah tahu, tapi bagi yang tak tahu jom mula hari ini. Tak pernah terlambat untuk belajar.

In Sya Allah ada perkongsian lagi nanti dari buku ini. Sebab banyak sangat ilmu dari buku ini yang bermanfaat untuk semua.

Sharing is caring.👍

Hanim Laoshi 

1 comment:

  1. Thanks for sharing.
    Wah dah ada watermark ye pengantin perempuan ni..

    ReplyDelete