Friday, October 2, 2015

Masjid Cina Negeri Melaka

Assalamualaikum

Setiap minggu saya akan berulang alik ke Melaka untuk menjalankan tugas sebagai Tutor Mandarin di sana.

Hari Selasa lepas, terlintas pula nak solat di Masjid Cina Melaka atau 马六甲华人清真寺 mǎliùjiǎ(Melaka) huárén(Orang Cina) qīngzhēnsì(Masjid). Masjid ini jaraknya dalam 10min dari rumah saya.

Bagi yang tidak tahu, Masjid Cina Negeri Melaka merupakan masjid berkonsepkan senibina Cina yang ketiga di Malaysia selain di Kelantan dan Perak.

Senibina masjid mengabungkan senibina masjid-masjid di Beijing 北京, Shanghai 上海 dan Xi'an 西安.

Masjid ini mampu menampung sehingga 2000 jemaah. Sumber dari Wiki, Kuthbah Jumaat akan diberikan dalam Bahasa Mandarin. Kalau berpeluang saya nak join, Insya allah.

Bagi yang ingin berkunjung masjid ini, landmark nya adalah Stadium Hang Jebat, Krubong. Apabila masuk simpang stadium akan nampak signboard ke Masjid Cina. Atau boleh copy paste GPS Code ini di Google Maps 2.293958, 102.230348.

Sebenarnya tahun lepas pada hari terakhir pantang, Abang Chik dah pun bawa saya ke sini. Tetapi masih dalam keadaan berhadas tak dapat nak berjemaah.

Ini gambar tahun lepas, hari ke-40 berpantang. Pakai seluar maternity lagi masa tu, almaklum badan masih kembang semangkuk.


Saya suka dan kagum sungguh dengan senibina masjid ini yang sangat menarik pada pandangan saya.


Selasa lepas, Alhamdulillah saya ajak ayah dan anak saudara untuk pergi ke sana dan solat Asar berjemaah. Oleh kerana hari biasa tak ramai pengunjung. Jemaah lelaki 1 saf, manakala perempuan saya berdua sahaja bersama staff masjid.

Bawa pula Little Auni, tak dapat mami nak snap gambar banyak-banyak. Mujur waktu solat, Ayie dan Fatehah bantu untuk jaga Auni. Budak baru dapat kaki, paham-paham je la!


Lubang Angin - Seni Bina Cina
Skodeng apa tu Auni!?



Kawasan hadapan masjid. Kawasan masjid terletak di tanah yang agak tinggi, musim jerebu ni gambar pun kelabu asap.


Jika anda bercuti atau berkunjung ke Melaka, jangan lupa datang ke Masjid Cina Melaka. Anda pun pasti akan kagum dengan senibina dan lanskap masjid ini.

Jumpa lagi,
Bye.

No comments:

Post a Comment