Saturday, September 19, 2015

Jejak Tanjung Piai, Johor

Assalamualaikum

Sabtu lepas, syarikat En Suami menganjurkan Corporate Social Responsibility (CSR) di Tanjung Piai. Kami sekeluarga join event tersebut. So, buat pertama kali saya menjejakkan kaki ke Tanjung Piai selepas 9 tahun menetap di bumi Johor. En Suami yang merupakan anak jati Johor pun kali pertama jejakkan kaki ke tanah terselatan di Benua Asia.

Gerak dari Pasir Gudang 745am dan sampai ke destinasi pada jam 915am. Dalam kereta dok la tanya bila nak sampai. Hahaha...mujur Little Auni tidur sepanjang perjalanan.

Selepas mendaftar kami diberi taklimat berkenaan kawasan tersebut. Sebenarnya saya excited nak pergi ke sana dan bergambar dekat "Arca Globe", tetapi tak ada rezeki untuk saya posing di situ. Kawasan arca ditutup kerana Air Pasang Besar pada hujung tahun 2014 telah mengakibatkan structure kawasan dataran rosak. Fasilitator memaklumkan kawasan tersebut insya allah akan dibaik pulih sebelum hujung tahun 2015.


Little Auni peserta paling muda dan             paling riuh ;)

Kalau nak bawa baby jangan lupa bawa insect repellant. Kalau tak nanti kesian jadi mangsa nyamuk.
 
Info dari fasilitator, biasanya pada Bulan Disember akan ada Festival Air Pasang Besar. Air pasang besar akan buat kawasan Tg Piai seperti water theme park. Kami dapat menonton video Festival tahun lepas. Memang seronok la budak-budak main air.

Lepas taklimat kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kemudian fasilitator membawa kami pusing-pusing untuk kenal pokok-pokok dan juga haiwan di sekitar Tg. Piai. 


Dah kenal-kenal dengan pokok dan jenis-jenis siput, setiap kumpulan akan diberi kawasan untuk dibersihkan. Macam-macam sampah ada Ok. TV, botol softlan, tilam, tayar super besooo pun ada.

Kumpulan yang dapat kumpul sampah terbanyak dikira pemenang. Kumpulan kami menang OK..hasil kutip tayar lori 2 bijik.

    Sesi Mesra Alam..bersihkan kawasan

Siap kutip mengutip, aktiviti menanam pokok paya bakao di kawasan yang disediakan. 

                      Rilex dulu! 

Aktiviti terakhir adalah Lunch. Lunch bersama monyet-monyet. Hahaha..ada juga yang makanannya jadi mangsa monyet. 

Fasi pesan monyet senang attract dengan orang perempuan dan objek yang terang. Makanan sangat tak digalakkan dibawa sekali semasa tour hutan. Botol air pink Auni pun fasi suruh simpan dalam poket, tak boleh pegang. Risau monyet serang sebab colour terang.


Tak dapat snap gambar dekat globe, ini pun jadilah. 

Pengalaman yang best, close to nature. Sesiapa yang pencipta alam dan tak pernah pergi Tg. Piai, boleh la pergi.
Insya allah kalau ada peluang nak pergi masa Air Pasang Besar pula.


Sekian, hasil update guna ipong old school.

Terima kasih, bye!





No comments:

Post a Comment