Thursday, September 10, 2015

Cara untuk hilangkan Blackhead/Whitehead

Assalamualaikum

Siang tadi masa tengah duduk-duduk tengok TV, jari-jari saya sibuk picit-picit hidung.

Cari bahagian yang ada Blackhead/Whitehead dan picit! Tak best bila ada Blackhead/Whitehead, sebab terasa kulit kasar dan tak bersih.

Kalau tengah rajin, saya gunakan putih telur yang disapu ke kulit muka dan kemudian tampal tisu.
Bila tisu sudah kering boleh cabut perlahan-lahan dan tengok hasilnya. Kulit memang lembut dan licin. Kalau rajin amalkan boleh gebu kulit.

Source: Google

Masalahnya, tadi memang tengah malas.

Tiba-tiba teringat saya pernah terbaca di Pinterest, Blackhead/Whitehead boleh dihilangkan dengan menggunakan Baking Soda atau Soda Bikarbonat yang dicampurkan dengan air.

Terus lincah pergi dapur dan bancuh kedua-dua bahan tersebut. Pekat pun tak cair pun tak, sesedap rasa supaya senang nak sapu kat kulit muka. Adunan yang saya cuba tadi 3 sudu teh baking powder dengan 3 sudu teh air.

Basuh muka dengan air suam supaya pori terbuka, kalau rajin boleh wapkan muka.

Selepas itu lap kering muka dan boleh mula menyapu bancuhan tadi ke kulit muka. Saya memang fokus di kawasan T-Zone, dimana Blackhead/Whitehead bermaharajalela.

Biarkan dalam 2-3 minit dan boleh mula gosok kulit muka dengan gerakan membulat. Jika bancuhan tadi sudah kering di kulit muka, hanya perlu basahkan tangan dan sambung menggosok kulit muka.

Sesudah itu, boleh bilas bersih kulit muka dengan air dan lap kering.

Lepas dah siap lap, saya rasa dan picit kulit muka sekitar hidung. Kulit rasa licin dan tak ada bintik-bintik, maksudnya tak ada Blackhead/Whitehead.

Suka tak terkata. Harus jadi rutin kegemaran lepas ini. Happy Me!
Selain berkesan, cara ini juga murah dan senang.

Tak percaya? Boleh cuba sendiri dan kalau dah cuba jangan lupa share dengan saya.


Good night, wan an.















14 comments:

  1. wahh.. since hanim dah cuba.. akak boleh gak la cube..
    tq share

    ReplyDelete
  2. wahh nak cuba jugak ni

    jemput baca entri Legoland Malaysia
    Part 1 | Part 2

    ReplyDelete
  3. menarik ni!
    (terus selongkar almari dapur) hahaha

    ReplyDelete
  4. hi Dear Friend Excellent working.
    http://www.auratrends.co.uk/
    http://grabbit.com.pk/

    ReplyDelete
  5. KALAU GUNA BAKING POWDER BOLEH TAK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu nak buat kek kat hidung ke ape? baking powder tepung kek huhu

      Delete
    2. tu nak buat kek kat hidung ke ape? baking powder tepung kek huhu

      Delete
  6. Using baking soda is very bad for your skin. It is far too alkaline. Your skin naturally has a pH level of around 5.5, making it slightly acidic. ... When you use products, like baking soda, which has a pH level of around 8.3, your skin becomes too alkaline, and its natural acid mantle and moisture barrier are damaged.

    dipetik dari goggle ye...

    ReplyDelete