Friday, September 4, 2015

6 Tips Kuruskan Badan

Assalamualaikum..Selamat Pagi..Zao an!

Tahniah kerana memilih untuk KURUS. Kenapa kita kene jaga berat badan?
Banyak sangat sebab, lagi-lagi orang pompuan!

Pada saya yang paling penting adalah untuk kesihatan.

Statistik : 2/5 rakyat Malaysia mempunyai masalah Obes..saya taknak Obes!

My final weight during pregnancy was 68KG. Lepas habis pantang 59KG
Masa dalam pantang selera makan meluap-luap, plus menu pantang yang sangat best dari MIL.

" Kakak susukan anak, kene makan banyak-banyak baru susu sedap. "
Hari-hari sebelum MIL pergi kerja, MIL dah siap masak dan pesan makan on time and no diet!

Orang cakap BF Mom senang turun berat badan, sebab calorie yang terbakar semasa menyusu. Tapi kalau dah makan tahap melantak, serupa jer! So tak heran maintain 59Kg.

Januari 2015, Little Auni genap 6 bulan. Masa itu baru datang semangat nak kuruskan badan.
Saya cabar diri untuk turunkan berat badan ke 53KG, berat sebelum pregnant.

Target drop from 59kg to 53kg

Saya share tips kurus yang saya guna dan alhamdulillah berkesan.


1. Jaga waktu makan - jangan berlapar!

Nak kurus bukan bermakna awak-awak kene berlapar dan tak perlu makan. Kalau taknak makan baik puasa terus, dapat pahala.

SARAPAN
Oat, cereal, biskut dan buah adalah yang paling mudah untuk saya. Tak perlu masak! hehe.. Cereal biasa saya makan dekat rumah sebelum pergi kerja. Kalau tak sempat breakfast dekat rumah, sambil drive pergi kerje sambil makan apple. Oat dan biskut memang saya simpan dalam laci office for back up plan untuk kudapan antara main meal.

LUNCH
Oleh kerana saya jenis yang tak berapa kuat iman apabila nampak makanan, saya paksa diri bawa bekal atau pergi kedai makan yang dekat-dekat je dengan ofis. Yang mana mata akan nampak lauk untuk lunch ja. Kalau pergi TESCO ke JUSCO ke ranap!Elakkan apa yang boleh kita elak.
Banyakkan sayur-sayuran, nasi kalau anda mampu makan la segenggam. Jujur saya tak mampu!haha..

DINNER
The best is before 8pm. Kalau tak boleh buat hari-hari, buat masa weekend. Hari kerja kan biasa tak sempat, sampai rumah dah 7pm!

Cheat day? Mestilah ada..kadang-kadang terasa nak makan nasi ambang, nasi kerabu!


2. Banyak minum air masak

Normal untuk orang dewasa 2L ~3L. Saya memang kuat minum air, maka ini kacang putih. 
Ada yang cakap, sebelum makan minum air so cepat rasa kenyang.


3. Kurangkan makanan/minuman manis

Air manis saya kurang, tapi kalau dessert pantang nampak! Kene control OK kalau nak kurus.
Lagi bagus kalau boleh fahamkan Calorie Intake


4. Jogging 

Saya sangat galakkan untuk hasil pembakaran lemak yang cepat. Yang dah kahwin ajak la husband teman. Boleh jadi aktiviti riadah family jugak.  Jogging hari Sabtu atau Ahad je. 


5. Workout

Saya buat dekat rumah sambil-sambil tengok TV. Little Auni boleh jadi dumbbell. Jangan lupa guna exercise mat baru tak sakit badan & ada semangat. Workout boleh tengok kat YouTube, Pinterest dan Instagram. Mulakan dengan yang simple dan kiraan yang minima. Lepas seminggu, tambah lagi dan lagi.

hanimlaoshi.blogspot.mt
Little Auni pun workout sama. Ini bagus untuk lentik yer acik-acik 

Hampir terlupa!!Sebelum pergi jogging dan workout, boleh sapu shaping cream dekat kawasan lemak terkumpul. Lihat hasilnya sendiri OK!

6. Semangat jangan POYO

Hahaha...mean sila kekalkan momentum, jangan patah semangat, jangan asyik fikir nak kurus cepat. Bila timbang tengok berat tak drop terus " Malas lahhhhh, sama jer"

Tips 4 dan 5 saya mulakan bila saya timbang berat badan saya sama je March dan April, maintain 56kg. Huh!?Awat lemak-lemak terkumpul ni susah sangat nak cair. So saya decide for jogging & workout. Hasilnya, bulan June tadaaaaa 52kg dan maintain sampai ke hari ini.

Sekarang target nak turun ke 48kg pulak, berat zaman Uni uolls!

Kesimpulannya, kalau nak kurus tak semestinya kita kene consume ubat kurus. Yang penting kita jaga permakanan dan buat aktiviti fizikal.Kalau ada budget lebih boleh guna supplement, tapi make sure supplement yang selamat. Study sebelum consume apa-apa supplement.

Selamat maju jaya dalam process pembakaran lemak!




9 comments:

  1. tahniah dah berjaya kuruskan badan.. akak ni semangat nak kurus makan herbalife segala.. tp belom dapat hasil lg :-)

    http://contengan-rasa.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. yupp..jogging terbaik! terus terbakar lemak2 degil..

      Delete
  3. saya pulak susah nak naikkan berat. stress woo. sbb metabolic tinggi makan byk pun berat tak naik banyak. Kene work out tertentu untuk built otot baru la berat naik.

    Hi hanim...salam perkenalan. jemput singgah ke blog saya tau. nanti saya hidang air milo tabur hihi

    http://umminuma.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. hi zura..sama mcm husband kita..susah nk mgemok kn diri...tapi bagus lah..maintainnn!

    milo tabuqqq 1!

    ReplyDelete
  5. gemuk takpe asal sihatt kannn? hehehe

    #jenjalan sini

    ReplyDelete
  6. Kurus memang idaman setiap wanita kan

    ReplyDelete