Thursday, February 4, 2016

Ucapan Tahun Baru Cina - Jom Belajar Cakap Cina

Assalamualaikum..Selamat Pagi..

Minggu depan (8 Feb) masyarakat Cina seluruh dunia akan menyambut perayaan mereka.
Tahun ini merupakan tahun Monyet (1920, 1932, 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004). Siapa lahir tahun Monyet? Angkat tangan!

Tahun Baru Cina atau Chinese New Year 2016 akan diraikan dari 8 Feb hingga 22 Feb. Biasanya pada malam sehari sebelum perayaan ini, masyarakat cina akan berkumpul di rumah untuk makan malam (Reunion Dinner)

Source : http://freedesignfile.com


Oleh kerana rakyat Malaysia berbilang kaum, jom kita belajar cara sebutan ucapan Tahun Baru Cina.
Nanti boleh la wish kawan-kawan berbangsa Cina.

OK jom mula. Berikut ialah antara ucapan yang popular di dalam karakter cina, sebutan sistem Roman (HanYuPinYin), cara sebutan yang dipermudahkan dalam warna BIRU berserta maksud :

恭喜发财 Gōngxǐ fācái / Kong Si  Fa Chai
Semoga gembira dan bernasib baik (kekayaan, kemewahan dll)

新年快乐 Xīnnián kuàilè / Sin Niyen Khuwai lek     
Happy New Year

吉祥如意 jíxiáng rúyì / Ci Siang Ru Yik
Bernasib baik seperti yang dihajati

心想事成 Xīnxiǎng shì chéng / Sin Siang She Cheng <Cheng dibaca seperti Chengkudu>
Semoga segala hajat tercapai

大吉大利 Dàjí dàlì / Tak Ci Tak Lik
Semoga bernasib baik dan peroleh keuntungan

身体健康 Shēntǐ jiànkāng / Shen Thi Ciyen Khang
Semoga tubuh badan sihat

事业有成 Shìyè yǒuchéng / Shek Yek You Cheng <You dibaca seperti Yougurt>
Semoga berjaya di dalam kerjaya

Ok kalau dengan En Boss boleh cuba yang ini kalau berani!

恭喜发财,红包拿来 Gōngxǐ fācái, hóngbāo ná lái / Kong Si  Fa Chai, Hong Pao Na Lai
Semoga gembira dan bernasib baik (kekayaan, kemewahan dll),
Ang Pau bak mai sini ..hehehe

Special wish sempena Tahun Monyet :

猴年吉祥 Hóunián jíxiáng / Hou Niyen Ci Siang
Semoga berjaya pada Tahun Monyet.

Awak-awak semua boleh sebut tak?Senang jer kan! Kalau kurang pasti boleh tanya ya.

Harap entry ini membantu. Kalau nak share pun boleh tapi KREDIT ke blog saya =)

Last but not least, i wanna wish all of you:

恭喜发财
Kong Si  Fa Chai
祝大家吉祥如意, 身体健康.
<Zhu Dà jiā / Chu Tak Ciya> Ci Siang Ru Yik,  Shen Thi Ciyen Khang
<Ucap semua orang> Bernasib baik seperti yang dihajati, Semoga tubuh badan sihat.


Byeeee..
Selamat bercuti!


Tuesday, January 26, 2016

Didi and Friends

Assalamualaikum

Pernah tengok atau dengar pasal Didi and Friends?

It's a Tv series yang bagus untuk budak-budak. Belajar sambil menyanyi dan menari. Mak ayah budak pun enjoy nyanyi sekali.

Ada Didi, Nana dan Jojo sebagai karakter utama. Ok mereka semua adalah ayam yang pandai nyanyi dan menari. Lagu-lagu dalam Tv show ni lagu lama yang dah dimodenkan. More catchy and fun!

Kalau kat Astro Ceria 611 hari Sabtu & Ahad marathon 10~1030am. Hari biasa tak ingat pulak schedule. Later kalau rajin i check and update.

Tapi kalau kat umah kami setiap hari tak kira masa Princess Auni request. Kalau buat gaya hentak kaki tu maknanya nak tengok Didi and Friends. Kene la guna khidmat YES kalau dah tak kira masa tu. 



Masa lagu ABC dia pun nyanyi sekali sambil tunjuk kat tikar Abc dia.

Lagu Semut Berkawat dia pun ikut Boom Boom Boom.. Mami sangat suka tengok gelagat Auni walau kadang-kadang bosan gak dok ulang playlist kat Youtube sampai mami & daddy dah hafal 😁

Harini genap Auni 1Y6M! Lusa kena bawa makan ubat cacing.



Koleksi Vocab pun dah bertambah seiring usia..hehe

Atok        Mama (suppose Mami)
Kakak     Daddda (suppose Daddy)
Tutup      Dog  
Buka       Ball
Susu       Ssh (Fish..hehe)
Bye                      
Dodok (Duduk)
Jan (Hujan)
Dah
Lom (Belum)
Air
Jom


Simple intruction:

Pergi tandas
Yak ( Poo poo)
Buka/pakai baju
Salam tangan
Kiss (Mmmuuahhh)
Cuci tangan
Shui jiao / tidur
Baring (Auni terus masuk bilik on AC) 
Mandi
On/off aircond
Ambil kerusi / bantal
Pakai socks 
Sikat rambut
Ambil beg 
Pegang 
Hujan..nanti Auni tutup kepala dan minta daddy amik payung kat belakang rak kasut!p adahal x hujan..stress daddy!

Lately dah tunjuk minat nak pakai/buka baju dan seluar sendiri. Favourite words kakak and atok. Auni sangat close dengan Tok Ayah ( FIL) @ BFF Auni.

Hai anak cepatnya dah nak 2 tahun.
Semoga membesar dengan sihat dan kuat. Jadi anak yang solehah. Love you little.


Friday, January 8, 2016

Pengalaman Mengandung Tanpa Janin (Blighted Ovum)

Salam Jumaat.

Subhanallah! Ujian Allah pada hujung tahun 2015.

End of November, saya agak sibuk membantu di booth Youth Karnival Dataran JB dan kelas berjalan seperti biasa. Membuatkan saya agak penat, tapi terlintasa juga untuk check sama ada saya pregnant atau tidak. Alhamdulillah, positif pregnant! Happy sangat.

We went to Klinik Hijrah for confirmation. I love to go here due to the kind hearted with good experience doc and staff. Dr Mahzan do the ultrasound check on my tummy, but nothing could be found. She advice me to come over after 2 weeks for another ultrasound check. But yet she reminds tentang bahayanya bila scan tapi tak nampak, ada kemungkinan mengandung luar rahim (Ectopic Pregnancy/ baby grow outside the womb) and let me know the symptoms.

Pening, sakit tengkuk, sakit di bahagian bawah perut dan bleeding. Itu antara symptoms nya.

Stress! Where are you, little baby?
Balik terus google cari info kenapa scan tak nampak bab. Its either ectopic pregnancy or blighted ovum (dimana kandungan hanya ada kantung tanpa embrio) Most mummy's shared their experienced memang end up kandungan tak menjadi. But ya i keep positive, plus none of the symptoms explained occurred to me.

After 2 weeks (14 Dec), we went to the clinic for the second check up and the ultrasound result still negative. "Mummy don't be sad, Allah knows better. Mummy must refer to the general hospital for Transvaginal Ultrasound, keep positive." Thank you, doc Mahzan. I'm 10 weeks pregnant but the ultrasound result still negative, what should i expect huh? Redha, Allah knows better and i keep doa for the positive result.

What the heck is Transvaginal Ultrasound?

Source: Google

Imaging tests can identify abnormalities and help doctors diagnose conditions. A transvaginal ultrasound is a type of pelvic ultrasound used by doctors to examine female reproductive organs. This includes the uterus, fallopian tubes, ovaries, cervix, and vagina. “Transvaginal” means “through the vagina"

Saya rumuskan maksud dia "imaging tests through the vagina" Tau kan vagina tu apa? Doc akan jolok guna alat yang dipanggil Tranducer melalui Ms Petpet! Sobb terus ngeri.

"Daddy, mummy taknak pergi hospital."
"Jangan buat hal, daddy dah apply cuti lusa"

22 Dec we went to HSI, lucky the staff nurse very friendly! Terus hilang nervous. 
Masuk bilik saringan, baring atas katil kumat kamit berzikir dan istighfar sambil tunggu turn. Kebetulan Doc pakar masuk, Dato Dr Ghazali kalau tak silap. Doc only do the normal ultrasound (scan perut), less than 10 secs. Selamat Ms Petpet i!

"Puan hanya kantung nampaknya tiada heartbeat, tak jadi la ya. Kita akan set appointment untuk cuci rahim minggu depan."
"Nak tunggu jatuh semulajadi boleh doc?"
"Within one week ini la, kalau tak puan tetap kene datang untuk cuci rahim"

Sambil tunggu appointment letter, borak dengan mummy sebelah. Lucky her, pregnant 12 weeks anddd have two babies inside her womb. twins! I always wish i dapat mengadung anak kembar jugak! Dulu masa pregnant Auni rajin beli Pa&Ma, ada satu section dalam mag tu share mengenai pengalaman mengadung kembar. Mostly adalah jenis yang dah kahwin dalam tempoh yang lama, sekali Allah nak bagi rezeki terus kembar. Moral of story, sabar ya tunggu rezeki anak. Kun fa ya kun.

Bermula episod menunggu kantung keluar sendiri. Ada kawan advice minum air gas. Tapi balik dari HSI memang dah sedia stress terus order Root Beer Floats! I'm kind of yang tak gemar minum air sejuk dan bergas. Sebab memang ayah dan arwah mak tak galakkan minum air sejuk dan bergas. So dah terbiasa tapi time stress kadang-kadang langgar jugak pantang!

25 Dec start bleeding sikit. Me and husband start worried, sebab nak balik kampung. Tapi redah jugak, melangok sampai Senawang. Tunggu punya tunggu tak jatuh-jatuh jugak. Spotted bleeding only.

30 Dec serah diri ke HSI. 7am dah masuk wad Daycare, lepas husband hantar dan urusan hospital siap dia terus gerak pergi kerja. Lepas tukar baju, doc arahkan untuk baring atas katil sebab nak masukkan ubat lembutkan pangkal rahim. I hate this, kene selok! Huuu.. But yes again i'm lucky dapat doc dan nurse yang lembut je dan berjaya melekakan i masa proses seluk menyeluk Ms Petpet.

Then around 8am kene tolak masuk bilik bedah, mereka ada buat bacaan Yassin pagi tu so kene tunggu, siap ada bau nasi lemak! Gua dah la lapar sebab kene puasa sebelum masuk bilik bedah. Last meal was last night 8pm. Sobbb.

This was my first experience enter operating theatre. Depan mata ada jam sama macam dalam labour room. Sambil tengok jam baca Zikir Nabi Yunus dan terlelap! So long and goodnight. Tengah sedap tidur rasa katil kene tarik, celik tengok jam 950am. Doc dan nurse tarik masuk bilik bedah. Nurse dan doc terus jalankan kerja mereka iaitu "kerjakan i" Tangan dikepakkan, selak sana dan sini. Rasa nak jerit  "Makkkk..."' dan lari! Tapi apakan daya.

"Puan tarik nafas dalam-dalam, selawat ya..selawat ya.." Again, so long and goodnight. 

Terasa katil bergerak, celik tengok dah siap park dekat luar pun, jam 1015am. Sekejap jer diorang kerjakan. Pengsan balik, kesan bius tak hilang lagi. 

"Puan OK?"
"Kenapa sakit tekak Doc?"
"Ohh sebab kita masuk tube"

Nasib korang pengsan kan aku, kalau tak memang tak boleh korang wat keje.

"Puan ada rasa pening?
"Tak"
"Angkat kaki kanan...kiri...OK good..boleh balik ni"

After that, staff nurse tolang katil balik semula ke wad Daycare. Sambung tidur lagi. 
Celik kol 1130am, pergh lapar! Terus mintak makan. Hahaha.. I'm the only patient at the daycare ward, heaven. Daycare adalah wad yang dikhaskan untuk pesakit yang operate tapi tidak bermalam. Day only. Hehe..


Dah tak boleh tidur, terus layan baca novel yang husband bekalkan,  Long Reach by Peter Cocks. Duduk setengah hari sementara tunggu green light dari doc untuk balik rumah, dapat baca suku buku. 4pm, Doc datang dan bagi kebenaran balik lepas tengok patient dia duduk kat ward macam tengah bercuti. Husband pon dah on the way.

Yeah balik rumah! Selamat berpantang Hanim, berpantang tanpa baby. Gain weight juga ni, 2kg!
Kene gagah nak bakar lemak yang 2kg.

Serious ralat memang ralat bila my pregnancy tak jadi, sebab apa?
Sebab due date baby is 31 July 2016, iaitu Syawal 2016. Masa Auni dulu 1st Syawal (27 July 2015), kalau adik Auni lahir dalam bulan Syawal juga dapat bagi nama anak Fitri lagi sebab sempena lahir Bulan Syawal. 

Tapi kita hanya mampu merancang, Allah jua penentu segalanya. 
Always remind myself, ujian adalah hadiah dari Allah. Semoga ada rahmat di sebalik setiap ujian yang dihadiahkan kepada kita. Mana tau esok lusa jadi Millionaire! Amin.

Ok good luck kepada semua mummy yang bakal melahirkan pada tahun 2016.

Semoga sharing ini ada membawa manfaat kepada yang membaca.

Byeee!






Tuesday, January 5, 2016

Review Plu Oriental Jin Scrub

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru 2016!

Siapa dekat sini ada menonton GoShop?
Tak tahu GoShop tu nate ape? Ianya sejenis online shopping show, jadi mudah la nak perhabis duit. Buka TV, tengok berkenan boleh terus pergi website. For 1st time buyer kene sign in dulu pastu baru boleh purchase. Tak pun call hotline. I'm more prefer for purchase from website.

Mostly barang-barang di GoShop memang boleh mengugat iman POKET yang sangat nipis. TIPS! Sebelum purchase study dulu la yer product. Bagusnya kalau pergi dekat website GoShop kita boleh baca review dari pelanggan dan juga soalan lazim berkenaan sesuatu produk tersebut. Bagus ke Idok barang tu.

Cubaan pertama saya adalah membeli Plu Oriental Jin Scrub & Dr Dental Care Liquid.

Selepas dok baca review dan compare harga dari seller yang ada, saya rasa yakin kedua produk ini berbaloi untuk saya meleburkan duit!hehehehe..

Service penghantaran tiptop. Packaging pun bagus.


Ini Scrub nya ya ibuk-ibuk. Sesuai untuk kulit badan sahaja, tidak sesuai untuk muka. 

Rm149 untuk 6pcs(200g)+2pcs(50g). Then dapat pula free Plu Scrub untuk muka. Bagi saya berbaloi la dengan harga yang GoShop tawarkan (^O^) Sebab ada seller yang jual seketol tapi harganya Rm40/pcs. Do ur math OK!

Kalau kita tengok kat GoShop jangan terpedaya ler dengan kesan kilauan dekat kaki model yang sedia gebus plus effect lighting. Hehehe..

Overall scrub ni memang best! Ho liao!!! Senang nak apply, wangi, butiran dia halus dan sangat cepat process men'scrub'. Kulit dekat buku lali saya sebelum ni tone dah lebih kurang macam air kopi dah, serious HITAM & kering! Sebab pemalas nak pakai lotion/minyak gitu le jadinya. Malu tau bila dok bersila atau pakai sandal pi jalan-jalan. Alhamdulillah sekarang dah CLEAR! Lagi kesan positif yang saya suka TUMIT dah tak kasar macam kertas pasirrr dan siku tak kering. Tak perlu leceh-leceh nak sental daki dah. Saya guna 2 hari sekali, satu tube boleh tahan 2 bulan penggunaan. Tapi still kene apply lotion untuk maintain kulit yang lembab dan berseri-seri. 


Ini pula Dr Dental Care Liquid. Rm99 untuk 6(250ml)+3(80ml). Taukan ini apa?
Adik beradik kepada Listerine. Penting untuk penjagaan gigi. 

Ini pun Ho Liao! 1st time guna ada terkejut sikit, sebab macam kumur air herba. Kalau lepas makan malas nak gosok gigi kumur je la, segala macam mak nenek celah-celah gigi boleh keluar lepas kumur. Siap hadiahkan dekat my bestmate sebab dia seorang trainer, asyik  bercakap depan orang. Kene lah jaga kebersihan mulut. Reaction dia "Mulut i busuk ke babe??" Huuu..

Untuk both products saya bagi 4 bintang!
Berbaloi spend sebab harga dan kualiti. Plus both of the products memang penting untuk kebersihan harian.

Kalau ada yang dok tengok GoShop dan berkenan dengan produk-produk ini, no worry both product memang berbaloi-baloi.

Happy shopping!

Bye.


Thursday, November 19, 2015

Little Auni 1Y4M

Assalamualaikum

dà jiā hǎo ma?
大家好吗?
Semua sihat kah?

Hehehe..

Alhamdulillah, semoga sihat-sihat semuanya.
Saya tak berapa nak sihat lately ni. Tapi bila tengok keletah Little Auni daripada

 muka kelat boleh bertukar manis. Gitew!

Auni dah pun genap 1 tahun 4 bulan. Alhamdulillah membesar dengan sihat dan kuat. Dah mula nak makan sendiri, boleh bergaduh ngan mami kalau offer suap.


Gambar Maghrib tadi, Auni makan Nasi Goreng Jagung Bilis. Saya noticed Auni suka makan sayur, hopefully sampai ke besar pun suka sayur & buah-buahan.

Selasa lepas masak Sayur Bendi Goreng.  Auni nampak mami ceduk ke pinggan daddy terus "Nakkk" Risau Auni tak makan, mami bagi sikit. Tak sampai 15 saat Auni masuk dapur semula "Nakkk"

Mami letak dalam pinggan Auni 3 ketul Bendi, habis minta lagi. Mami topup. Lastly daddy korbankan Bendi dalam pinggan dia dan bagi kat Auni. Mami teruja! Mami dah start kerja baru makan Bendi. Hehe..


Last weekend Auni balik kampung, rumah Tok Auni serupa zoo. Haha..She enjoyed surrounded by animals. Tak kisah la kucing, lembu, angsa! Mami nampak Ayam Belanda nyorok belakang Auni. Auni siap boleh sembang ngan diorang. Huu..

Alhamdulillah, she started talking a little bit and understand some simple instructions. Mami nak list kan untuk tengok development Auni.

Cakap :
Mak
Nak
Nanak - Taknak
Wang - Buang
Mamamam - Makan
Cat - Kucing
Dah - Sudah
Tek - Susu cap gantung ;p

Arahan :
Jom jalan/tidur/mandi/balik
Tukar pampers
Buang sampah
Kemas toys
Cuci tangan
Nak susu?
Nak makan?
Hidung
Mata
Kaki
Tangan
Buku/books
Bola
Ambil kasut
Buka kasut
Salam tangan
Solat
Doa
Tidur buai nak?
Mana?
Tak ada
Ambil kerusi
Duduk
Up
Mami/Daddy nak
Cat

Tapi Auni masih tak faham kalau kami cakap "Taknak/ No/ bùyao" Kene cakap "Nanak" baru digest!huu..

Mami nak cuba keep track Auni's development. 

Yang mami dan daddy takut ialah Auni dah kenal kedai mainan & taman permainan. Kuat jer dia cakap "Nakkkk" Bukan takut apa, Auni bayi lagi bila kami tak berhenti kereta/tak layan dia terus mogok!Nanges,sentap.

Setakat ni cara yang mujarab adalah tunjuk something up in the sky atau alih perhatian kepada arah/benda lain. Fuhhh..

Kadang-kadang masih tak percaya dah jadi mak. Mami love u Auni.

Ok dah penat.

Jumpa lagi!
Zài jiàn 再见!








Tuesday, November 3, 2015

Bertukar ke Cloth Diapers

Assalamualaikum

Apa khabar semua?
Harapannya baik-baik belaka.Amin.

Ada tak yang pernah guna Cloth Diaper?
Cloth Diaper tu apa?hehe..Cloth Diaper tu lampin kain moden. Sangat cute bila baby pakai dan yang penting menjimatkan serta mesra alam, go green!


Tahun lepas masa pergi baby fair yang kebetulan baru habis pantang, ada usha Cloth Diaper. Promoter advice kalau nak guna cloth diaper tunggu baby 6 bulan ke atas. Sebabnya baby 6 bulan ke bawah kerap poo poo! Tapi kalau rajin boleh aja. Kenangkan yang kami berkerja dan Auni dijaga pengasuh so taknak la lecehkan pengasuh Auni. Terbantut lah hajat nak beli masa tu. 


Taraaa. Jumaat lepas kami singgah Baby Fair di Danga City Mall lepas balik dari Legoland Water Themepark. Cloth Diaper  salah satu barang dalam List to Buy. Mami Hanim just beli satu set untuk permulaan, cost me Rm60. 1 set cloth diaper (FOC 1pc insert), 1 set insert(2pc) dan diaper liner 100 pcs.

Beli Brand China, 1 set Rm15.

Balik dari babyfair terus study balik pasal CD. Kene pre-wash dulu sekurang-kurangnya 3x sebelum guna. Excited dah nak guna malam tu, kene pre-wash pulak. Hari ini dah siap cuci 3 kali. Malam nanti boleh pakai kan Auni.

Insya Allah nanti akan share experience guna CD. Kalau ada mami-mami yang berpengalaman dengan CD boleh lah bagi tips pada newbie like me.

Ms Rebecca and Little Auni

Setiap kali kami pergi baby fair memnag tak tinggal beli baju di Booth Isoho365. Baju-baju baby kat sini memang cantik-cantik dan mami paling suka designnya. Baju yang Auni tengah pakai tu pun beli kat Isoho365. Rebecca siap tolong jagakan Auni while Mami shopping. Dah banyak kali Rebecca request nak jumpa Auni, ini 1st time siap jaga dan ajak bergambar. 1st time sebenarnya kami bawa Auni ke babyfair. Hehehe..kalau ada pergi babyfair singgah la Isoho365, mesti jatuh hati.

Tak sabar nak pakaikan Auni CD.

Bye!

Sunday, November 1, 2015

Revert Cafe, Pasir Gudang

Assalamualaikum

Agak lama tidak bersiaran.Hehe..agak sibuk dengan last kelas di Melaka. Pejam celik pejam celik dah abes Kelas Komunikasi Mandarin selama 3 bulan di Melaka. Alhamdulillah.

Pejam celik juga dah meningkat usia, Alhamdulillah genap 18 tahun arini. Ehh...! 

As birthday girl, mami pilih Revert Cafe untuk menjamu tekak. Cafe ini terletak di Air Biru. Kunjungan pertama ke sini dan terus jatuh cinta pada pandangan pertama.

Serba sedikit berkenaan Revert Cafe. 
Cafe ini merupakan adik beradik kepada Dessert Queen. Ala2 macam Lavender Cafe tapi ini produk 100% Muslim. Ada kek, western food dan roti. Harga so far so good laa. 

Kami sampai lebih kurang jam 12pm. Roti-roti baru keluar oven. Kalau nak roti panas boleh lah datang awal-awal.

My small family. Mr Hakim, Mrs Hanim & Little Auni 😍 Saya ada satu habit, kalau duduk kat mana-mana pun mesti bukak kasut. Pastu dok bersila atau terjuntai satu kaki.


Sebab birthday kene lah ada cake. Mami pilih Nutella Choc Layer Cake, RM9 atau RM9.90 ekk. Sedap sangat! Menariknya kek ni ada layer layer dan rasa tak manis sangat. Takde la muak bila makan. Thumbs up!

Untuk beverage, mami pilih Root Bear with Floats while daddy pulak Old Style Creamy Soda. Air yang daddy pilih Sedap!


Untuk makanan pulak, mami lupa nama makanan yang mami pilih sebab agak panjang. Alasan di situ. Daddy's Auni pilih Tom Yam Spaghetti. Masing-masing makan dalam keadaan speechless. Sebab memang sedap. Sampai Auni stress tak ada orang layan.

Habis semua tisu dan straw dia baling ke lantai sebab bosan main sorang-sorang.Sorry Auni, kami kebuluq dan both pilih menu yang spicy!Auni tak leh join sekali. Terus mami pergi amik Sausage Bun yang memang fresh dari oven untuk Auni. Auni pun senyap makan sorang-sorang.

Detail gambar cake, jelaskan layer-layer nya. Tak tipu memang sedap.

Ok total bill was Rm50.80. Bagi Mami Anem harga, kualiti dan kuantiti adalah berbaloi. Plus makan kat kedai 100% Muslim. Sangat tak rugi untuk simple celebration di Revert Cafe.

Sure will come again.

Bye bloggers.